Thursday, November 17, 2011

Main apaaaa ???.... BOLA SEPAK !!!

Antara agenda penting besok adalah menyaksikan perlawanan bola sepak peringkat kumpulan Sukan Sea 2011. 
Diantara pasukan tuan rumah Indonesia menentang pasukan negara tercinta ku Malaysia.

Depan televisyen sajer la jawapnya.  Nasib baik ada siaran lansung kat TV esok... thanx to ASTRO dan TV3.  errr.. betul ke TV3 ada live?  Ngeeee.......

Siapakah yang akan menang?  Selaku rakyat Malaysia pastilah mau pasukan harimau malaya ni menang !!  Go Malaysia Goooooo..


Daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, dikhabarkan Indonesia akan menurunkan pemain simpanan sahaja atas alasan yang mudah, diorang sudah layak untuk pusingan seterusnya.  Oleh itu adalah lebih untung kalau menyimpan ayam-ayam tambatan (tiba-tiba pulak ayam main bola kan.. haahhaha).  Bagi pasukan Malaysia - kalau ikut congak atas kertas, seri sahaja sudah cukup untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya.  Akan tetapi.... smi (sendiri mau ingat) la.. bola itu bulat, apa-apa pun boleh berlaku... ibarat slogan keramat yang biasa dilaung-laungkan.. MALAYSIA BOLEH !!!

Yes, aku berharap team bola Malaysia bukan sekadar berjaya pada hari besok... tapi untuk besok besok dan besok besok lagi.... hehehehe


Tengok... Irsyad pun nak beri semangat kat pasukan Malaysia.... GOOOLLLLL..........


Ingat.. temujanji besok ...

Tempat  :  Mana-mana yang ada TV dan boleh tengok TV3 atau Astro 801.
Waktu  :  8:00 PM  

p/s : jangan lupa Isya' sudah.....

No comments: