Sunday, December 18, 2011

Bertemu Model Yang Tak Pandai Berbicara

Last weekend aku dah berjaya membawa anak bini ke Taman Burung Kuala Lumpur.  Planning asal nak ke Zoo Negara untuk memenuhi janji kepada Syaza, tapi parking punya la penuh hari tu.  Terpaksa lah tukar destinasi.  Binatang jugak kan? hehehheh

Lokasi dekat-dekat area Tasik Perdana sana.  Macam-macam tourist spots ada kat area tu.  Kalau rajin pi lah jalan-jalan ala-ala lawatan sambil belajar zaman sekolah dolu-dolu.
Terbaek !!!



Macam mana nak pi sana ??  Tanya jer En.Google... huhuuhuhuh.... or mungkin boleh rujuk kat website diorang kat sini --> klbirdpark

Tiket masuk untuk dewasa RM20 sorang,  Kanak-kanak (umur 3-12thn) RM10.  Aku mula-mula terbeli tiket untuk Irsyad sebab kat sigboard dia just tulis kategori kanak-kanak umur 12thn kebawah.  Nasib baik pak guard (bukan orang tempatan) tu cakap Irsyad tak payah bayar & boleh mintak refund kat kaunter.  Save 10 hengget aku.. Thanx to pak guard... huhhuuhu......


Apa yang best ??   Macam-macam adaaa.. hehehhe.... dah namanya taman burung kan.. harus la spesis burung jer yg penuh dalam tuh.... err.. ada pengecualian.. sebab ada ikan jugak & sekor beruk sesat yang aku nampak... hahahahaha.....
 

Agak besar jugak la taman ni...  jenuh anak-anak jalan-jalan dalam taman ni.  Banyak jugak burung
yg bergerak bebas dalam taman ni.  Itu yang membuatkan anak aku makin teruja.  Aku pun layan jugak amek gambar sana sini.  Tapi last-last tak abis jugak tawaf taman ni.  Si Irsyad punya kaki dah melecet & dia dah tak larat.  Bini aku pun sama jugak tak laratnya, hehehehhe...... Area yang kaler kuning tu tak sempat kitorang jelajah..... some other time may be.. kalau ada rezeki. Inysaallah...


Ok ini ada sedikit gambar yang berjaya aku klik-klik masa kat situ.






... dan banyak lagi gambar-gambar kat album fb gua kalau korang rajin nak layan, sila klik kat sini

Thursday, December 8, 2011

Episod Kunjungan Balas dalam Kisah Kawen Cik Su

  

OK lah, untuk wrapped up kisah kenduri kawen ni dah tentu la ada kenduri belah lelaki pulak, ya dok?

So, Ahad yg sudah kami ke Slim River untuk kenduri sebelah pihak lelaki.  Buat dalam dewan jugak, ada ekon tuh.. huhuhuh..... ok la takder la kepanasan sangat.

Ok lah.. maleh dah aku nak tulih banyak2... bior lah gambar ni yg bercerita.

click sini untuk ke album facebook gua disini


... yet again ... S.E.L.A.M.A.T  P.E.N.G.A.N.T.I.N  B.A.R.U  !!







Thursday, December 1, 2011

Cik Su sudah Kawennnn......

 
Alhamdulillah.. .....

Selesai sudah acara yang boleh dikategorikan sebagai acara yang dinanti-nantikan bagi keluarga kami.

Setelah setahun mengikat tali pertunangan (tali lah sangat), akhirnya Ilia & Hanafi telah selamat diijab kabulkan... Yang lebih istimewa ayah aku sendiri yang menikahkan diorang.  Saya suka !!!

Untuk Hanafi --> Welkum to our family !! 
& for this newly wed couple, kami doakan anda mengecapi segala detik-detik bahagia sebagai pasangan suami dan isteri
 





Terima kasih tak terhingga kepada sanak saudara, pakcik makcik, anak penakan semua yang sudi menghulurkan bantuan memeriahkan dan menjayakan majlis ini.  Korang memang T.E.R.B.A.I.K.!.!.!








kalau nak tengok gambar banyak-banyak lagi, boleh la ke link facebook aku ini
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.2694001951341.2147444.1295324221&type=1&l=4698468260